Showing posts with label birthday party. Show all posts
Showing posts with label birthday party. Show all posts

17.2.13

Sabrina is Turning Three (Last Episode) - Candid And Close Up

NOTA: Post penuh gambar. 

 

Lamanya delay nak update tentang hari kejadian. Tapi macam biasalah, semuanya berjalan lancar. Crowd tak berapa nak ramai sebab ramai yang cancel last minute. Kebetulan kucing diorang beranak serentak so aku pun tak kisah lah.Hehehe. Majlis pun smooth je. Makanan pun sedap belaka. Kanak-kanak riang ke sana sini. Aku pun senang hati.

Bila aku tengok satu demi satu gambar yang dirakamkan aku tersenyum sendiri. Sweetnya lah hidup jadi budak kecik ni. Di sayang. Di rai. Di manja. Bila buat majlis macam ni la peluang aku nak berjumpa dengan orang yang jarang-jarang aku jumpa sebenarnya.

Mungkin tak banyak aku nak cerita kali ni. Layan je lah gambar sekita Majlis sambutan besday Sabrina yang ke tiga ni.


Hello hai Sabrina. Sengaja aku taknak pakaikan gaun berambu ramba sebab aku tau nanti dia nak berlari ke sana sini dan depan Hall ni pun ada playground.


 Sabrina with Umar yang ramah.

 Sandwiches...biscuits..tidbits..marshmallow...and The food from Warisan Baiduri.

 Early Crowd. Sedara mara and close friend.

 Makcik-makcik yang tak pernah jemu untuk terus di sisi....

 ....dan cam whore like crazy.

 Sebahagian anak-anak buah kesayangan aku yang hadir. 

Takde dia, takde la aku. Sayang cinta kasih awak banyak.

 
Fandi yang all-out layan Sabrina.

Cute couple from Mars. tttztkkk bzzzkkkt ump tkkks?

Aku kawan dengan dia sejak tadika. Love u Nana. Senang rasa hati aku bila tau kita dapat maintain friendship selama ini.

 
Kids and Bubble.

 
more kids!

 
Sabrina and uncle Crong.

Usha line.

Hello Zayyan!
 
 Dah get ready nak potong kek! Panggil semua orang! panggil semua orang..!

Sebenarnya sebulan dua jugak kami praktis Sabrina nyanyi lagu "Happy Birthday To Sabrinaaaa" and blow the candle sebab kami takut dia meragam macam sambutan birthday dia yang ke-2 tahun sebelum ni. Ya, prektis nyanyi lagu hepi besday lagi penting dari toilet train dewasakini. So masa ni, aku suka bila photographer dapat capture muka Sabrina macam teruja bila orang ramai-ramai nyanyi line "Happy Birthday to Sabrinaaaaaaa". Dan sebenarnya aku kat belakang tu tengah cover sebak nak nangis. Jiwa mak-mak lembut macam taufufa.

tiup tiup!

Potong potong!

Tengok Natrah!


Pororo Fondant Cake by Dewhimsical Wonder.

  
Sesi "Tikam-tikam" masih berlansung digamatkan oleh warga tua yang merindukan zaman kecik-kecik mereka.

 
 Family Portrait is never easy. (-___-')

Kawan-kawan dari alam siber yang turut hadirun.


Diorang berdua je lah harta jiwa raga aku skarang ni.

 Hadiah-hadiah terkumpul

 Selesei....



Letih tapi seronok. Sekarang aku dah membayangkan sambutan besday Natrah pulak July 23 ni inshaAllah!

Sila ke link berikut Untuk membaca;

1) Sabrina is Turning Three! (Part 1) 

2) Sabrina is Turning Three (part 2)

3) Sabrina is Turning Three (Part 3) - Persiapan Saat Akhir






22.1.13

Sabrina is Turning Three (Part 3) - Persiapan Saat Akhir

NOTA: Post penuh gambar.

Seperti yang aku jangka, persiapan last minit dan keadaan yang tergesa-gesa tu mesti akan ada. Aku dah prepare benda ni sebulan yang lalu. Tapi mungkin sebab aku ada anak kecik lagi sorang, so kerja 5 minit memang boleh ambik masa 5 hari.

Oleh itu, aku terpaksa import sorang player luar bagi menolong saki baki kerja untuk jamuan makan-makan sambutan harijadi Sabrina ni.

Okay mari layan gambar.


Ya..bagi yang selalu anggap aku ni cantik, ini lah muka aku kalau tak tidur dan mandi pagi. Sorry la mukadimah gambar dah potong selera. Harap korang masih bertenaga nak scroll ke bawah lagi.

Cabaran buat pomander crepe ball sambil ditemani seorang anak kecik yang tengah ligat nak capai sana-sini. 


DIY table flower. Banyak benda aku recylcle je. Lace ribbon dari dress lama aku yang dah tak pakai sebab abang aku kutuk aku buruk bila pakai baju tu. Crepe paper harga 50sen sekeping. Jar kuih raya yang aku dah tak minat nak pakai sebab asyik masuk angin habis lemau kuih raya aku and yeah my all time favourite scent, Teddy's Dream from Lovely Lace.

Photobooth punya prop

Souvenir untuk tetamu dewasa - untuk mak mak sebenarnya.

 Souvenir untuk anak-anak riang

 Flagline

Signboard and straw

Pagi itu dalam jam kurang lebih 8-30 aku dan Afiqah turun untuk hias-hias hall ni. Hall ni kecik je. ada banyak tiang. Tak berapa nak cantik, tapi boleh la untuk nak buat jamuan atau apa-apa acara kat sini. Pertama sekali aku nak setup photobooth.

60% siap. Masa ni Afiqah tengah berhempas pulas potong crepe paper untuk aku hias tiang-tiang yang ada.Sebenarnya aku niat nak buat lebih banyak pomander ball untuk photobooth ni, tapi masa tak cukup, plus tak menang tangan, so seketul dua pun jadi lah.

90% siap for photobooth. Aku buat photobooth ni sebab aku tau. Makcik pakcik yang datang nanti semuanya camho sangat.


 
 Kelihatan Dee dari Deewhimsicalwonder tengah setup Candy Buffet. Yang ni aku tak DIY. Tak dan nak masak kek segala. So aku upah orang je lah. Jumpa Deewhimsicalwonder ni kat Instagram. Kek dia semua sedap. Aku rekemen. Pujian didengari sana sini. Creampuff dia sedap. Cupcake dia sedap. Harga pun berpatutan within the budget. Bagi berminat boleh ke http://www.deewhimsicalwonders.blogspot.com/ untuk tempahan. Tapi ingat, untuk birthday Natrah bulan July aku dah book dia siap-siap. Hehe.

Catering from Warisan Baiduri one and only. Aku memang selalu amik catering dengan diorang je. Tak pernah fail di tekak aku.


  Kira siap la ni.

Bintang Sulung ni dah tiga tahun berkelip dalam dunia aku dan Fandi.  Terima kasih Tuhan atas cahaya yang membahagiakan ini.

Okay sampai sini dulu gamba sekitar persiapan saat akhir di Majlis Makan-Makan sempena Sabrina genap berumur 3 tahun. Gambar sekitar majlis nanti aku upload kemudian kemudian.

Bye!